Tugasan 3: Pembangunan Blog P&P (30%)
Tarikh penilaian akhir pada 14 Disember 2012
Blog anda perlu aktif dan dihantar pada
Tapak Tugasan MyGuru3 pada 15 November 2012
Secara
individu, pelajar dikehendaki membina blog Pengajaran & Pembelajaran bagi
satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran dari
Kementerian Pelajaran Malaysia. Syarat berikut perlu dipatuhi:
1. Pelajar boleh menggunakan platform Blogspot (Blogger) atau Wordpress.
2. Pilihan matapelajaran hendaklah
berdasarkan mata pelajaran
utama yang ditugaskan di sekolah.
3. Pastikan nama, foto pemilik blog, nombor
matrik dan tajuk blog diletakkan di muka hadapan blog. Blog yang dibangunkan hendaklah aktif dan sentiasa
dikemaskini sebelum tarikh akhir penilaian tugasan blog.
4. Blog perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
·
Bahan pembelajaran seperti nota, soalan latihan, aktiviti
di dalam kelas dan sebagainya.
·
Gambar
·
Audio
·
Video
5. Libatkan pelajar, ibubapa dan rakan guru
yang lain untuk memberi komen pada kandungan yang dipaparkan.
6. Sediakan pautan kepada laman sosial dan
repositori bahan pengajaran seperti Facebook, Scribd, bahan Powerpoint, Prezi
dan mana-mana format yang sesuai.
Tugasan blog
hendaklah dihantar melalui Tapak Tugasan 3 dalam Myguru3.
Markah bagi
tugasan ini diberikan berdasarkan kriteria berikut:
KRITERIA
|
MARKAH
|
Isi
kandungan blog serta kualiti penyampaian
|
15%
|
Senireka
blog dan kerativiti
|
10%
|
Pandangan
dan omen daripada pelawat blog
|
5%
|
JUMLAH
|
30
|