Mari bercerita : Aktiviti
Harianku
Cadangan masa
|
40 minit
|
Tunjang utama
|
Sains dan
Teknologi
|
Standard
Pembelajaran Utama
|
ST 10.1.3
Menyatakan waktu untuk menjalankan sesuatu aktiviti
Contoh: 7 pagi
– 12 tengah hari
|
Standard
Pembelajaran lain yang disepadukan
|
BM 2.4.1
Menceritakan apa yang didengar semula menggunakan ayat yang mudah.
KT 2.1.10
Menyanyi dengan sebutan yang jelas.
|
Objektif
pelajaran
|
Pada akhir
pembelajaran, murid dapat:
a) menyatakan aktiviti yang biasa dilakukan pada waktu pagi, tengahari petang dan malam. |
Konsep utama
|
Kita mengikuti
rutin yang tertentu dalam sehari.
|
Kosa kata
|
Rutin, pagi
petang, malam, makan, tidur dan bangun.
|
Alatan dan
bahan
|
Kad gambar
aktiviti dan lembaran kerja.
|
Langkah
Pengajaran
1.
Guru dan murid menyanyikan lagu “Bangun Pagi”.
Bangun pagi, gosok gigi
Cuci muka dan mandi
Minum susu, makan roti
Pergi sekolah, suka hati
2.
Guru meminta murid menceritakan tentang rutin
harian yang terdapat dalam lagu.
3.
Guru menunjukkan empat gambar aktiviti yang biasa
dilakukan dan bersoaljawab dengan murid tentang kandungan gambar tersebut.
4.
Guru meminta murid menyusun gambar 1-4 mengikut
urutan yang betul.
5.
Guru menyoal murid tentang waktu mereka
menjalankan aktiviti dalam gambar 1-4.
6.
Guru membuat rumusan pengajaran dan pembelajaran
tentang rutin harian yang telah dilalui oleh murid sepanjang hari dari pagi
hingga malam.
7.
Murid menyanyi lagu “Bangun Pagi” dengan melakukan
pergerakan kreatif.
|
Kereta Api Berbunyi
Cadangan masa
|
30 minit
|
Tunjang utama
|
Perkembangan
Fizikal dan Estetika
|
Standard
Pembelajaran Utama
|
KTI 2.1.9 Menyanyi
mengikut tempo
|
Standard
Pembelajaran lain yang disepadukan
|
PSE 1.1.4
Meluahkan dan menyatakan perasaan sendiri kepada orang lain mengikut sesuatu
perkara atau peristiwayang telah berlaku.
|
Objektif
pelajaran
|
Pada akhir
pembelajaran, murid dapat:
a)Menyanyi mengikut tempo dengan betul.
b)Meluahkan perasaan berkenaan lagu yang
dinyanyikan dengan pergerakan badan yang dilakukan.
|
Konsep utama
|
Mengenal tempo
lagu.
|
Kosa kata
|
Laju dan
perlahan.
|
Alatan dan
bahan
|
Carta seni
kata lagu.
|
Langkah Pengajaran.
1. Murid diberi kad nombor 1-6 dan diminta berbaris
mengikut nombor yang diberikan.
2. Guru membimbing murid untuk membuat pergerakan
kereta api laju dan perlahan.
3. Guru mempamerkan carta seni kata lagu “Kereta Api”
Kereta Api
Cus…Cus…cus… kereta api
Cus…Cus…Cus…Cus bunyinya
Laju-laju ke depan, hebat sekali.
Tar…Tar…Tar bunyi roda
Tar…Tar…Tar ku gembira
Aku merasa bangga.
4. Guru membimbing murid membacakan seni kata lagu
baris demi baris.
5. Guru membimbing murd menyanyi lagu mengikut
tempo.
6. Guru dan murid berbincang tentang nyanyian dan
tempo lagu tersebut.
7. Murid menyanyikan lagu mengikut tempo laju dan
perlahan sambil membuat pergerakan kereta api laju dan perlahan.
8. Murid menyatalkan perasaan mereka selepas
menyanyikan lagu itu.
|
Kebersihan pakaian
Cadangan masa
|
60 minit
|
Tunjang utama
|
Perkembangan
Fizikal dan Estetika
|
Standard
Pembelajaran Utama
|
PFK 4.1.8
Membersihkan sapu tangan atau sarung kaki.
|
Standard
Pembelajaran lain yang disepadukan
|
BM 2.1.3
Berbual menggunakan bahasa mudah.
|
Objektif
pelajaran
|
Pada akhir
pembelajaran, murid dapat:
a)Menyatakan kepentingan menjaga kebersihan
pakaian.
b)Menjalankan aktiviti mencuci pakaian.
|
Konsep utama
|
Cara mencuci
sapu tangan yang betul.
|
Kosa kata
|
Sapu tangan,
berus dan sabun.
|
Alatan dan
bahan
|
Sapu tangan,
sabun dan berus
|
Langkah Pengajaran.
1. Guru bersoaljawab dengan murid mengapa kita perlu
menjaga kebersihan pakaian.
2. Guru menerangkan kepada murid tentang aktiviti
yang akan dijalankan.
3. Guru menunjukkan cara mencuci pakaian dengan cara
yang betul.
4. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
5. Guru membimbing murid mencuci sapu tangan dengan
cara yang betul.
6. Guru mengdarkan lembaran kerja dan meminta murid
mewarnakan peralatan yang digunakan untuk mencuci pakaian/sapu tangan.
7. Guru mempamerkan hasil kerja murid yang telah
siap diwarnakan.
|