twitter
rss

 

 
 
Mari mengenal huruf
 
 
 



 
 
 
Mari menyanyi
 
 


 

 

















 



 









Tema: Sayur-Sayuran

Standard Kandungan: 
- Menggunakan pengetahuan tentang bahan dan teknik dalam menghasilkan karya seni.

Standard Pembelajaran:
KTI 1.1.3 Memilih pelbagai bahan yang sesuai dalam menghasilkan karya.



Murid-murid tekun menyempurnakan aktiviti dan menghasilkan kerja yang baik.







Bekerjasama dalam kumpulan adalah sikap yang baik.


Bersungguh-sungguh dan seronok dengan pengalaman baru.




Standard Kandungan:
Menzahirkan idea kreatif dalam penghasilan karya.

Standard Pembelajaran:
KTI 1.2.4 Membuat corak dan rekaan yang mudah melalui pelbagai aktiviti.

Gunting dan renyuk cebisan kertas warna.

Tekun


Hasil kerja yang kemas dan cantik.



Tugasan 3: Pembangunan Blog P&P (30%)

Tarikh penilaian akhir pada  14 Disember 2012

Blog anda perlu aktif dan dihantar pada Tapak Tugasan MyGuru3 pada  15 November 2012


Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog Pengajaran & Pembelajaran bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Syarat berikut perlu dipatuhi:

1.    Pelajar boleh menggunakan platform Blogspot (Blogger) atau Wordpress.

2.    Pilihan matapelajaran hendaklah berdasarkan mata pelajaran utama yang ditugaskan di sekolah.

3.    Pastikan nama, foto pemilik blog, nombor matrik dan tajuk blog diletakkan di muka hadapan blog. Blog yang dibangunkan hendaklah aktif dan sentiasa dikemaskini sebelum tarikh akhir penilaian tugasan blog.

4.    Blog perlu mengandungi perkara-perkara berikut:

·      Bahan pembelajaran seperti nota, soalan latihan, aktiviti di dalam kelas dan sebagainya.

·      Gambar

·      Audio

·      Video

5.    Libatkan pelajar, ibubapa dan rakan guru yang lain untuk memberi komen pada kandungan yang dipaparkan.

6.    Sediakan pautan kepada laman sosial dan repositori bahan pengajaran seperti Facebook, Scribd, bahan Powerpoint, Prezi dan mana-mana format yang sesuai.


Tugasan blog hendaklah dihantar melalui Tapak Tugasan 3 dalam Myguru3.

Markah bagi tugasan ini diberikan berdasarkan kriteria berikut:

KRITERIA
MARKAH
Isi kandungan blog serta kualiti penyampaian
15%
Senireka blog dan kerativiti
10%
Pandangan dan omen daripada pelawat blog
5%
JUMLAH
30