twitter
rss




Cari di sini

1. Mewarna huruf besar

2. Mewarna huruf kecil

 
 
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
 
 
 
Matlamat
 
Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.
 
 
 
Objektif
 
 
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi, sosial,intelek dan rohani seperti berikut :
 
  1. Membina kecergasan badan.
  2. Mempunyai tubuh yang kuat.
  3. Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.
  4. Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri.
  5. Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar.
  6. Mempunyai kematangan emosi.
  7. Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri.
  8. Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.
  9. Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain.
  10. Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan.
 
 
Fokus
 
 
Pendidikan Prasekolah berfokus kpada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran dan meyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun.fokus utama adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada inkuiri penemuan dan bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pempelajaran konstekstual dan pembelajaran berasaskan projek. Prisip utama perlu sesuai dengan perkembangan kanak-kanak. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran, kanak-kanak akan memperoleh konsep dan kemahiran asas yang akan membantu mereka meneruskan pembelajaran ke sekolah rendah.
 
 
 

Tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah